Ucapan Alu-aluan

Jadikan diri bagai pohon yang rendang, tempat orang berteduh, jangan jadikan diri seperti pohon kering tempat pungguk melepaskan rindu, hanya layak dijadikan kayu api.

gambar ku....hehe

gambar ku....hehe
Jalan2...

Khamis, 4 November 2010

tazkirah

Lima tanda dari tanda-tanda kebinasaan seseorang :-
1. Kerasnya hati
2. bekunya air mata untuk menangis kerana takut kepada Allah S.W.T
3. sedikitnya rasa malu
4. besarnya kecintaan kepada dunia
5. panjangnya angan-angan

(al-Fudhail bin 'lyadh)



Ubat Enam Perisa

Penulis buku al-Farj Ba'da al-syiddah menyebut tentang kisah seorang yg bijaksana yg sedang ditimpa musibah. Maka datanglah kawan-kawannya mengucapkan keprihatinan mereka terhadap musibah yg menimpanya.

Si bijaksana itu pun berkata :
''Aku tahu ada satu ubat yg dibuat daripada enam resepi yg berbeza."

Kawan-kawannyapun bertanya:
"Apa dia?"

Jawabnya :

"Pertama, percaya sepenuhnya kepada Allah.

Kedua, kesedaranku bahawa semua yg sudah Allah takdirkan akan berlaku.

Ketiga, sabar adalah senjata paling berkesan yg diguna pakai oleh orang yg mendapat ujian.

Keempat, jika saya tidak sabar, saya tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah.

Kelima, mungkin saja saya akan berada dalam keadaan yg lebih buruk daripada keadaan saya sekarang ini.

Keenam, dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka."


sumber : SOLUSI edisi mei '10





Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

• 1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
• 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
• 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

• 1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
• 2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
• 3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
• 4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
• 5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan